Posts

$100 Start Up

Sebuah buku yang menarik untuk dibaca.

Sarat dengan kisah-kisah yang menginspirasikan.

Kisah kejayaan usahawan yang bermula dengan apa yang ada di tangan dengan modal serendah $100 sahaja. Penulis memasukkan kajian kes sebenar menunjukkan mereka yang bermula dengan modal yang minimum juga mampu menjana pendapatan sehingga ratusan ribu dollar sebulan sekaligus membuktikan bahawa modal bukan lagi suatu halangan pada zaman sekarang.

Penulis, Chris Guillebeau, merupakan seorang usahawan, traveller, penulis buku, menjalankan perniagaan ketika sedang mengembara ke seluruh dunia dengan hanya berbekalkan laptop dan talian internet sahaja.

Dalam tempoh 11 tahun, beliau telah mengembara ke 193 buah negara di seluruh dunia. Ini bermakna, di dalam setahun, 17 buah negara akan dilawati bersamaan 1-2 buah negara sebulan.

Wow. Pencapaian yang menarik.

3 Kajian Kes

1. Brandon Pearce merupakan seorang guru piano yang menetap di Utah. Kerjaya sebagai guru piano merupakan kerjaya yang diminati beliau. Tetapi, masalah utama yang dihadapi oleh beliau adalah dari sudut pengurusan. Amat melecehkan untuk melakukan kerja-kerja pengurusan seperti penjadualan kelas, mengutip yuran, kelas ditunda, pelajar tidak hadir, silibus pembelajaran dan sebagainya. Beliau melihat masalah itu sebagai peluang untuknya melakukan sesuatu. Akhirnya Music Teacher Helper diwujudkan untuk membantu para guru muzik menguruskan aktiviti mereka. Hasilnya, bisnes tersebut memberi pulangan sebanyak $360,000 setahun.

2. Pakar Spreadsheet/Excel. Itulah gelaran bagi Bernard Vuka. Seorang programmer dan developer yang mahir menggunakan aplikasi spreadsheet. Beliau membantu syarikat-syarikat untuk membina dan mengubah suai spreadsheet application bagi menguruskan jumlah data yang besar. Selepas berjaya mendapat $720 sehari, beliau menumpukan perhatian untuk mengembangkan lagi bisnes tersebut.

3. Kyle Hepp memulakan perniagaan sebagai jurugambar perkahwinan selepas beliau terlibat di dalam kemalangan dan dalam masa yang sama suaminya diberhentikan kerja. Tidak ada sumber pendapatan menyebabkan mereka mencari idea untuk mencari duit bagi menampung kos hidup seharian. Beliau tidak menyangka kemahiran yang ada pada dirinya boleh dijadikan sebagai perniagaan yang menguntungkan. Beliau kini mendapat undangan dari seluruh dunia dan perniagaan beliau menjana $90,000 setahun.

Banyak lagi kajian kes dan kisah kejayaan yang diceritakan di dalam buku ini. Semuanya bermula dengan apa yang ada di tangan dan secara kecil-kecilan.

5 Nasihat Chris Guillebeau

1. Gunakan kemudahan teknologi yang ada untuk memulakan perniagaan dengan kos yang rendah.

2. Over deliver. Berikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

3. Giving value. Bantu orang lain merupakan faktor terpenting di dalam bisnes. Jika bisnes kita dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka, memudahkan kerja mereka, maka bisnes tersebut pasti mendapat sambutann.

4.  Buat keputusan bisnes apa yang kita mahu mulakan. Kita tidak boleh buat semua perkara di dalam satu masa. Benda yang kita mahir boleh dijadikan sebagai perniagaan, Masalah orang lain juga merupakan peluang untuk kita buat duit. Yang penting adalah bermula walaupun serendah $100.

5. Work on business. Fokus untuk mengembangkan perniagaan sedia ada. Apabila bisnes semakin berkembang, pemilik bisnes perlu mengurangkan kebergantungan bisnes tersebut kepadanya. Bisnes tetap berjalan walaupun pemiliknya tiada.

Banyak lagi nasihat dan panduan yang diberikan oleh penulis di dalam buku ini. Setiap nasihat disertakan dengan contoh dan ilustrasi supaya pembaca dapat memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan. Amat sesuai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan kos yang rendah.

:)

Selamat membaca 


Ketahui Bagaimana Nak Buat Untung Main Saham Bursa Malaysia

Tahniah.

Kalian bertuah sebab sampai ke laman web ini. Di sini kita dapat mengetahui strategi yang ringkas melabur saham Bursa Malaysia dan membuat untung daripadanya .


Apa Benchmark Saham Amanah Anda?

3 Julai 2008

Benda simple, tapi ramai orang tak tahu. Ramai orang tak guna. Sama ada tidak diberitahu oleh orang yang sepatutnya – konsultan amanah saham – atau memang tidak mahu ambil tahu.


Patut Saya Beli Unit Trust?

Saya berminat untuk melabur dalam unit trust. Apa pandangan Pakdi?


Cara Melabur di Saham Amanah

24 December 2007

Sekiranya anda tidak mempunyai masa, pengetahuan atau malas, tak mahu belajar mengenai pelaburan saham secara terperinci, maka amanah saham adalah pilihan yang terbaik untuk anda.


Kesilapan Semasa Membeli Amanah Saham

25 December 2007

Anda seharusnya jangan membeli amanah saham tanpa sebab yang kukuh.


Apa itu Indeks Komposit Kuala Lumpur?

4 Februari 2008

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan turun naik KLCI ini?


Apa itu Saham?

7 December 2012

Saham adalah bisnes.


Senarai Syarikat Broker Saham Halal di Malaysia

13 Jun 2012

Senarai terbaru Disember 2012


3 Strategi Pelaburan Saham Yang Menguntungkan di Bursa Malaysia

26 December 2012

Kalau dah silap strategi, sudah pasti tak dapat buat duit dalam pasaran saham. Habis modal begitu saham.


Cara Buka Akaun Main Saham di Bursa Malaysia

19 July 2012

Nak jual beli saham mesti melalui melalui syarikat broker. Individu yang mewakili syarikat broker ni dikenali sebagai remisier atau dealer. 


Saham Felda Global Ventures: Kisah Klasik Pelaburan 101

27 July 2012

“FGV berjaya!”


5 Tokoh Pelabur Yang Wajib Kita Kenal – Artikel Majalah Niaga

3 Mei 2012

Ok, jadi dalam artikel yang saya sediakan untuk Majalah Niaga saya perkenalkan kepada kalian 5 tokoh pelabur dan prinsip pelaburan mereka. 


Cara Simple Main Saham

29 Oktober 2010

Menjadi seorang entreprising investor, kita kena belajar lebih dari ini. Kita perlu tahu kaedah fundamental seperti kemahiran membaca penyata kewangan syarikat dan juga memahami dengan baik prinsip asas bisnes.

Kalau Melabur Jangan Sampai Rugi

24 September 2010

“Di mana saya patut melabur?”


Jenis-jenis Amanah Saham

21 November 2007

Amanah saham ada banyak jenis. Ia berbeza antara satu sama lainnya. Justeru, sebab itu anda akan dapat lihat akan ada saham amanah yang memberi pulangan yang tinggi, dan juga pulangan yang rendah pada tahun yang sama.


Jagalah Risiko Urus Duit Nescaya Duit Mengalir Masuk

16 Julai 2012

Warren Buffett pelabur paling kaya di dunia cuma mensasarkan kenaikan 15% sahaja setahun.


2 Konsep Pelaburan yang Mesti Anda Tahu untuk Jadi Kaya

25 Mei 2008

Dalam pelaburan, anda perlu faham dan tahu apa matlamat anda dan apa yang anda sedang buat.


7 Langkah Untuk Buat Duit Dalam Pasaran Saham

15 Jun 2013

Behind every stock is a company. Find out what it’s doing. – Peter Lynch, legendary investor.


Buat Duit vs Urus Duit

12 July 2012

Kata bijak pandai Jawa, “It is easier to make money than it is to keep it.”


Pelabur Defensif

14 Oktober 2010

Dalam tempoh kira-kira 10 hari, portfolio “cubaan” ini memberikan pulangan kira-kira 2.5%


Kenapa Saham Felda Global Ventures (FGV) Jatuh?

13 November 2012

Sebab lebih ramai penjual (sellers) dari pembeli (buyers).


Hukum Melabur dalam ASB

30 July 2010

Para pembaca blog saya yang setia barangkali sudah mengetahui saya ada mencatat beberapa kali tentang hukum pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). 


Spekulator vs Pelabur

29 September 2010

Kalian boleh membuat investment rule sendiri yang unik, selagi mana ia membawa maksud preservation of capital dan adequate return.


Top-Down Approach vs Bottom-Up Approach

21 Oktober 2012

“Buy the rumor, sell the news.”


5 Sebab Kenapa Main Saham?

12 September 2012

Saya ada 5 sebab kenapa kita patut terlibat dalam pelaburan saham.


Apakah Tuan Baru Hendak Mula Belajar Melabur Saham?

Misi pelaburan pertama kita adalah membeli sekurang-kurangnya 5 kaunter saham, bermodalkan sebahagian kecil sahaja dari duit lebih yang kita ada.