Kesilapan Semasa Membeli Amanah Saham

SUZARDI MAULAN
DECEMBER 25, 2007

GAMBAR DIAMBIL DARI GOOGLE

Anda seharusnya jangan membeli amanah saham tanpa sebab yang kukuh. Jangan disebabkan anda melihat kawan baik anda memperolehi return 40% melalui pelaburannya tahun lepas, maka anda pun terus ingin melabur dalam amanah saham tanpa merancang terlebih dahulu.

Adakalanya meletakkan duit anda di dalam akaun Simpanan Tetap (FD) / mudharabah dan ASB / Tabung Haji adalah pilihan yang lebih baik sebelum anda memulakan langkah pelaburan anda dengan tergesa-gesa.

Saya perlu ingatkan anda, konsultan amanah saham adalah dilatih secara professional untuk menjual produk mereka. Setiap kata-kata mereka sebenarnya sudah disusun dan mempunyai skrip jualan tersendiri. Sekiranya anda kata A, maka jawapannya adalah begini. Sekiranya anda kata X, maka jawapannya begini pula.

Mereka mempunyai kuota sasaran jualan tersendiri. Justeru, matlamat akhir mereka adalah menyerahkan borang kepada anda, anda tandatangan, beri cek dan mereka menunggu komisyen pada hujung bulan.

Jangan salah faham, kerjaya sebagai konsultan saham amanah itu baik, cuma anda sebagai pelabur mempunyai hak untuk berfikir panjang, merancang dengan teliti, mendapatkan pandangan-pandangan lain dan anda tidak boleh dipaksa untuk membeli sebarang produk. Anda perlu berani berkata, “Tidak.” , atau “Saya akan fikirkan dahulu.” (Jawapan anda sebegitu pun sebenarnya ada skrip khas untuk mereka counter  )

Berikut, adalah kesilapan-kesilapan semasa pembelian amanah saham:

1. Mencari Keuntungan Cepat
Amanah saham bukan skim cepat kaya. Ia adalah pelaburan jangka masa panjang. 5 tahun dan ke atas sekiranya anda bertanya kepada saya.

2. Mencari dana yang memenangi Anugerah
The-Edge Lipper Malaysia Unit Trust Awards dimulakan semenjak tahun 2000. Dan pelbagai dana dari pelbagai syarikat telah memenanginya. Malangnya, dana yang memenangi anugerah tahun ini tidak semestinya memenanginya untuk tahun akan datang.

Apa yang lebih baik adalah mencari dana yang menepati objektif pelaburan anda. Lagipun membeli dana yang sudah memenangi anugerah, menunjukkan anda terlepas untuk menikmati pulangan tersebut kerana ia adalah berdasarkan prestasi yang lepas.

Berikut adalah beberapa contoh kenapa anda jangan membeli sesuatu dana hanya kerana ia telah memenangi anugerah tersebut:

Equity Growth Fund (1 year)
2001
1. MBf Growth
2. Pacific Recovery
3. RHB Malaysia Recovery

2002
1. Prudential Growth
2. RHB Malaysia Recovery
3. HLG Penny Stock

2003
1. HLG Trading
2. RHB Malaysia Recovery
3. CMS Premier

Equity Index Tracking (1 Year)
2001
1. MBf Equity Index
2. Apex CI Tracker
3. ASM Index

2002
1. ASM Index
2. Public Index
3. MBf Equity Index

2003
1. OSK-OUB KLCI Tracker
2. Mayban Index-linked Trust
3. SBB Composite Index

Equity Islamic – Syariah (1 Year)
2001
1. Amanah Saham Kedah
2. Abrar Investment
3. Pacific Dana Aman

2002
1. TA Islamic
2. HLG Dana Makmur
3. Mayban Dana Yakin

2003
1. Hwang-DBS Dana Izdihar
2. TA Islamic
3. PruDana al-Ilham

Amat sukar untuk mencari dana yang akan memenangi anugerah saban tahun secara konsisten. Justeru, anda silap sekiranya hanya anda menggunakan anugerah tersebut sebagai pilihan utama.

Saya tidak mengatakan anugerah itu adalah anugerah cikai dan hampas – tidak berguna langsung- tetapi saya cuma ingin mengingatkan mencari-cari dana yang memenangi anugerah semata-mata adalah langkah yang silap dalam pelaburan anda.

3. Pembelian “Harga Murah”
Apa yang menyebabkan anda mengatakan ia murah? Value investing approach? Ho ho ho… Apakah indikator yang membolehkan kita mengatakan sesuatu dana itu murah? Sedangkan amanah saham hanya mempunyai NAV sebagai petunjuk.

Dana amanah saham yang berharga RM 0.20 tidak bermaksud ia lebih murah dari dana amanah saham yang berharga RM 0.50 mahupun RM 1.00.

RM 10,000 / 0.20 = 50,00 unit
RM 10,000 / 0.50 = 20,000 unit
RM 10,000 / 1.00 = 10,000 unit

Ya, anda mendapat unit yang lebih tetapi nilainya tetap sama, RM 10,000 seperti dalam contoh tidak atas walaupun dana RM 0.20 anda memberikan anda 50,000 unit saham selepas anda membelinya. Anda seharusnya mencari dana yang memberi pulangan konsisten, bukan dana yang anda anggap “murah”.

4. Dana baru dilancarkan, jadi lebih cepat untung
Apa untungnya? Harga akan naik cepat? Harus diingatkan, tiada supply-demand dalam pembelian amanah saham. Itu harus anda tahu.

Memang ada syarikat yang akan menawarkan diskaun atau unit tambahan percuma, tetapi tidak ada keuntungan lain yang anda akan perolehi. Amanah saham yang baru dilancarkan bukanlah seperti IPO sesuatu kaunter saham yang baru disenaraikan di bursa yang membolehkan anda menikmati kenaikan harga dengan begitu cepat.

5. Beli on Misleading Fact
Ada dikalangan konsultan yang membuat begini:

Pulangan selepas 20 tahun (RM 10,000)
1. EPF (5%) = RM 26,532.98
2. Tabung Haji (4%) = RM 21,911.23
3. ASB (8%) = RM 46,609.57
4. Syarikat kami (12%) = RM 96,462.93

Memang mengujakan. Tetapi adakah mereka selalunya menerangkan juga mengenai ini dan ini? Bukan semua amanah saham akan memberikan pulangan konsisten malah ada juga dana amanah saham yang telah pun berkubur. Percaya 100% terhadap return projection seperti di atas selalunya mengelirukan pelabur khususnya apabila tiada penerangan yang sepatutnya disertakan.

Selamat melabur.

Baca Artikel Ini Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *