PAKDI.MY

BUSINES DAN PELABURAN

PAKDI.MY

BUSINES DAN PELABURAN

5 Sebab Kenapa Main Saham?

SUZARDI MAULAN
SEPTEMBER 12, 2012

GAMBAR DIAMBIL DARI GOOGLE

Tiada pelaburan yang sempurna.

Setiap satu ada baik dan buruk.

Kali ini mari tengok mengenai pelaburan saham. Saya ada 5 sebab kenapa kita patut terlibat dalam pelaburan saham.

1. Pelaburan Saham adalah Pelaburan Dalam Bisnes

Ada orang berbakat buat bisnes sendiri. Ada orang tidak berbakat dalam hal tersebut. Maka pasaran saham membuka peluang kita membeli bisnes-bisnes yang hebat.

Misalnya, kita suka bisnes bank. Kita ada impian nak ada bank sendiri. Masalahnya, modal nak buka bank sendiri bukan macam modal buka kedai pisang goreng. Dengan pasaran saham kita berpeluang membeli saham-saham yang berkaitan dengan bank seterusnya memiliki sebahagian kecil bisnes bank walaupun modal kecil.

Kemudian disebabkan kita ni kurang berbakat dalam bisnes sendiri, maka kita dapat membeli bisnes yang diuruskan oleh mereka yang berbakat.

2. Mudah Dapat Maklumat Penting

Pasaran saham dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

Syarikat berhad perlu melaporkan laporan tahunan, penyata kewangan kepada pemegang saham. Dokumen ini perlu diaudit oleh pihak ketiga. Ada standard laporan yang perlu dipatuhi.

Seterusnya jual beli saham dibuat dalam pasaran terbuka. Jadi, penjual tak boleh nak tipu harga pasaran. Kalau harga saham tu dijual dengan harga yang lain, sama ada ada proses take over besar-besaran atau ada orang sedang menipu individu yang tamak nak untung cepat main saham.

Undang-undang yang wujud sekitar pasaran saham ini dikenali sebagai the elimination of gharar.

3. Senang Nak Urus Portfolio Pelaburan

Perkara ini khusus untuk pelabur kecil macam kita.

Selepas kita menganalisa 100 syarikat, kita mendapati cuma ada 3 sahaja yang menepati kriteria yang kita mahukan. Maka kita boleh beli saham tersebut selagi kita ada duit.

Kita cuma perlu fokus dan memantau 3 syarikat yang kita dah analisa itu tadi dari masa ke masa. Kalau rasa perlu duit sikit, jual sahaja sebahagian saham yang kita ada itu tadi. Kalau duit banyak lebih, beli beli dan beli.

4. Kurang Prosedur

Dah ada ada CDS, trading account dan modal maka kita dah dapat bermula.

Kita tak perlu tunggu bank luluskan pinjaman. Kita tak perlu risau status kredit kita sebab lambat bayar hutang kad kredit. Kalau tersilap beli, sekejap sahaja dah boleh jual semula. (Rugi kos brokerage tapinya).

Ya, seperti mana yang saya sebutkan awal tadi, pelaburan saham tidak sempurna. Tapi untuk tujuan post ini kita tengok yang baik-baik dahulu. Apa lagi kelebihan main saham pada pandangan tuan puan pula?

5. Kalau Lepas Matematik Sekolah Rendah, Dah Boleh

Kita tak perlu ada IQ tinggi.

Tak perlu jadi professor, PhD atau orang paling bijak dalam batch.

Kita cuma perlu tengok sekeliling kita untuk tahu bisnes tu besar atau kecil. Anak-anak kecil pun dah tahu Milo. Tak perlu habis SPM untuk tahu apa itu air Spritzer. Budak sekolah rendah pun tahu beli top-up Maxis.

Warren Buffett ada menyebut:

“Success in investing doesn’t correlate with I.Q. once you’re above the level of 25. Once you have ordinary intelligence, what you need is the temperament to control the urges that get other people into trouble in investing”

Klik di sini untuk mempelajari strategi pelaburan saham

Baca Artikel Ini Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *