Spekulator vs Pelabur

SUZARDI MAULAN
SEPTEMBER 29, 2010

Kalian boleh membuat investment rule sendiri yang unik, selagi mana ia membawa maksud preservation of capital dan adequate return.

Ingat, kita melabur untuk buat duit dan bukan untuk beri komisyen kepada pihak lain. Sekiranya kita rugi 10% dari RM 100 pada tahun pertama, untuk balik modal sahaja kita perlu untung 12% pada tahun berikutnya. Bagaimana kalau pelaburan kita rugi sehingga 20% misalnya?

Seterusnya, sasaran pulangan pelaburan tidak semestinya 100% setahun. Bagi saya, cukup ia menyamai atau lebih sedikit dari penanda aras yang diguna pakai.

Aktiviti spekulasi bukan aktiviti perjudian. Maysir atau judi ini ada cirinya yang tetap untuk membolehkan ia menjadi hukum yang haram di sisi Islam. Manakala, setiap dari kita dalam hidup pasti akan membuat spekulasi.

Dalam dunia pelaburan, spekulasi berlaku apabila kita beli sesuatu dan berharap harganya akan naik atau jatuh. Sudah tentu juga, ada aktiviti spekulasi yang bijak sekiranya kita tahu caranya.

Yang penting kita mesti tahu adalah kita adalah spekulator yang tidak bijak sekiranya:

  1. Kita berpendapat kita sedang melabur sedangkan pada hakikatnya kita sedang membuat spekulasi dalam pasaran.
  2. Kita melakukan aktiviti spekulasi secara serius tanpa kemahiran yang betul.
  3. Kita meletakkan modal spekulasi lebih dari apa yang kita sanggup rugi.

Ramai dari kita menganggap aktiviti spekulasi dan pelaburan itu adalah satu benda yang sama, sedangkan ia mempunyai garisan yang membezakan antara keduanya.

Baca Artikel Ini Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *