Apakah Tuan Baru Hendak Mula Belajar Melabur Saham ?

Misi pelaburan pertama kita adalah membeli sekurang-kurangnya 5 kaunter saham, bermodalkan sebahagian kecil sahaja dari duit lebih yang kita ada.

Gunakan sebahagian duit simpanan sahaja dahulu untuk misi pelaburan pertama kita. Jumlah yang kita sanggup rugi 100%.

Ini membolehkan kita mempelajari logik pelabur saham secara live. Maklumlah, sebagai pelabur baru kita masih bodoh dalam logik pelaburan. Setelah telah dapat untung dari misi pelaburan pertama, barulah kita membesarkan modal pelaburan saham tersebut.

Selain masih belum berpengalaman melabur saham, adakah tuan / puan …

  • Seorang yang mempunyai cashflow bulanan yang positif ?
  • Mempunyai modal khas (walaupun kecil) untuk memulakan pelaburan saham ?
  • Mempunyai simpanan duit tunai yang hanya disimpan dalam akaun bank, Tabung Haji dan ASB sahaja ?

Seterusnya tuan / puan juga:

  • Mempunyai sasaran tabungan jangka masa panjang seperti keperluan persaraan, pendidikan anak-anak, kesihatan dan seterusnya?
  • Tidak akan mengusik modal pelaburan tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun ?
  • Mahu mempelbagaikan pelaburan, dan mahu melabur dalam pasaran saham pula ?

Atau, barangkali tuan / puan juga:

  • Selalu sangat rugi, akibat membuat spekulasi dalam pasaran saham dan kini mahu mempelajari cara yang lain pula iaitu cara seorang pelabur dan bukan lagi seorang spekulator ?
  • Memang ada minat untuk  mendalami ilmu pelaburan saham ?
  • Nak tahu apa itu value investing ?

Jika ya, tahniah. Ini adalah laman web yang barangkali dapat mengubah masa hadapan kita.

Saya dapat membantu tuan / puan menjadi seorang pelabur dalam pasaran saham. Ya, seorang pelabur dan bukannya seorang spekulator, seterusnya dapat tidur lena pada malam hari.

Mahukah tuan  / puan sekiranya saya menunjukkan cara-caranya ?

Oh ya, sebelum tuan / puan meneruskan pembacaan, saya mahu memberi amaran:

  • Saya tidak tahu cara menjana pendapatan harian atau bulanan dengan pasaran saham. Saya tak dapat bantu jika mahu ‘main saham’ sebab nak bayar hutang. Saya mengukur prestasi pelaburan saham berdasarkan pulangan pelaburan untuk tempoh setahun.
  • Saya tidak menjanjikan intan permata, bulan dan bintang. Saya tak tahu cara untung sekelip mata. Saya tak tahu cara untung untung untung dan tidak rugi. Saya cuma dapat berkongsikan kaedah-kaedah asas dalam pelaburan saham, dan dengan sikap (attitude) yang betul, kita dapat memperoleh pulangan yang memuaskan. Rugi dalam pelaburan pasti berlaku. Kita mesti bersedia menerima rugi jangka pendek.
  • Saya tidak buat analisis saham berdasarkan carta-carta dan graf harga saham. Saya cuma berkongsi cara-cara membeli bisnes yang bagus-bagus melalui pasaran saham. Jadi, kalau nak belajar mengkaji carta-carta saham di sini bukan tempatnya.
  • Fokus utama saya, adalah membantu tuan / puan elak rugi (modal) terlebih dahulu dengan kaedah tertentu mengawal risiko. Strategi yang saya kongsi tidak mencari untung dahulu. Jadi saya tidak beri tips saham-saham panas untuk dijadikan modal perbualan dalam media sosial. Yang “kononnya” boleh untung cepat.
  • Pastikan tuan / puan melabur dengan duit lebih sahaja. Bukan bermodalkan duit pinjaman bank atau berhutang dengan kawan-kawan dan saudara mara.

Baca Artikel Ini Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *