Ketahui Bagaimana Nak Buat Untung Main Saham Bursa Malaysia

GAMBAR DIAMBIL DARI GOOGLE IMAGES

Tahniah.

Kalian bertuah sebab sampai ke laman web ini. Di sini kita dapat mengetahui strategi yang ringkas melabur saham Bursa Malaysia dan membuat untung daripadanya .

Akhirnya… kita tidak perlu habiskan terlalu banyak masa untuk menganalisa harga saham setiap hari. Sikit-sikit tengok harga saham. Sikit-sikit tengok carta saham. Pening kepala. Pressure. Sebenarnya hidup sehari-hari sudah pun penuh dengan tekanan. Seperti tekanan kerja di pejabat yang bos suruh siapkan. Karenah anak & pasangan di rumah lagi yang perlukan perhatian, kasih sayang dan belaian.

Sedangkan ada cara yang cuma perlukan 15 minit sahaja seminggu untuk menjadi seorang pelabur yang hensem (untungnya). Jadi, kita tak perlu ganggu banyak masa di pejabat & rumah untuk buat analisa harga saham. Seterusnya kita dapat mengurangkan tekanan yang tidak perlu dalam hidup.

Strategi yang bakal kita ketahui ini adalah strategi yang simple. Tak perlu ada ijazah dalam bidang finance. Tak perlu jadi orang paling pandai dalam kelas. Cuma perlu tahu ilmu matematik asas yang diajar di sekolah rendah. Tak perlu menghadap carta saham setiap masa dan ketika.

Strategi ini sangat sesuai untuk kalian yang …

  •  Sudah main saham tapi masih belum untung.
  •  Dah pernah untung main saham tapi tidak konsisten buat untung.
  •  Dah bosan tengok carta saham 24 jam.
  •  Newbie yang dah bersedia nak main saham.
  •  Pelabur patuh Shariah yang mahu alternatif kepada ASB.
  •  Pelabur saham yang ingin mempelbagaikan strategi & teknik pelaburan.
  •  Pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan.

Siapa Anda: Pelabur, Spekulator atau Kaki Judi?

Tahukah kalian ada 3 cara main saham? Iaitu:

  1. Pelabur yang tak berapa kisah pasal carta saham (fundamental analysis).
  2. Spekulator atau trader yang sentiasa menganalisa carta saham (technical analysis).
  3. Kaki judi, tiada analisis hanya ikut orang.

Ramai orang nak main saham tapi apa yang mereka buat sebenarnya adalah B.E.R.J.U.D.I. Sebab itu ramai yang tidak dapat buat untung. Untung 1 kali, rugi 9 kali. Cuma tahu baca blog, twitter dan Facebook untuk nak tahu tips kaunter saham mana yang naik. Ho ho ho.

Berhentilah cari tips saham macam tu. Tak untung mana. Sekali sekala dapatlah untung. Tapi tak dapat buat konsisten. Sepatutnya kita tahu apa yang kita buat. Kita mesti faham apa yang kita buat. Kalau tak faham, pasti kita leburkan duit sahaja.

Berhijrah Dari Speculator Menjadi Investor

Dulu semasa saya buat ‘active trading strategy’ – atau jadi spekulator, saya tidak mempunyai banyak masa nak bercuti dan buat kerja-kerja lain yang lebih produktif. Maklumlah, hari-hari kena tengok monitor komputer. Pergi jamban pun kena tangguh kalau masa pasaran buka.

Apabila dah terduduk sebegitu di depan komputer, antara saat terkilan adalah saya tak dapat temankan almarhumah emak saya pergi ke Labuan melawat abang saya yang bekerja di sana dan pergi umrah. Hati kecil saya akhirnya terdetik, “Adakah saya mahu buat ‘active trading’ sebegini sampai usia 60 tahun? Pukul 8:00 pagi dah duduk depan komputer sampai pukul 6:00 petang. Tiada life. Nak buat kerja lain pun susah.”

“Kata kerja sendiri nak masa fleksibel, tapi nanti bila nak hantar anak ke sekolah pun berkira-kira sebab ‘market open’. Patutnya saya yang dapat mengawal masa 24 jam saya sendiri.”

Misalnya, bila almarhumah emak saya ada temujanji dengan doktor di PPUM, saya perlu tutup semua position walaupun tengah ‘baik’. Aduh… Maklumlah temujanji doktor paling cepat ambil masa 1/2 hari.

Masa saya bekerja di bank pun begitu. Ingatkan ada masa nak curi-curi tengok ‘market‘. Hampeh… Mesyuarat. Kertas kerja. Mesyuarat. Mesyuarat. Kertas kerja. Bos pula selalu lalu cubicle. Nak menjeling tengok market pun segan. Ini masa pejabat. Buatlah kerja pejabat. Bukan be in the market! Itu namanya tidak amanah dalam kerja.

Sekarang, bila dah gunakan strategi seorang pelabur hensem, saya lebih seronok. Boleh bercuti masa off peak season. Tiket masuk murah. Hotel murah. Orang tak ramai. He he he. Macam masa bercuti di USS Studio ni, kalau masa pergi masa peak season jangan harap lah beratur tak sampai 5 minit dah boleh ride roller coaster dia. Entah-entah tiket ekspres pun beratur panjang. Kita tak perlu risau pasal pasaran semasa bercuti. Tidak perlu lagi nak bawa laptop lah, roaming lah, broadband lah. Hati tenang, rileks sahaja.

Habis masa bercuti, portfolio pelaburan masih terjaga dengan baik. Biasalah kalau jatuh sikit atau naik sikit. Apa yang penting, bukan saya yang teruk bekerja, tetapi duit yang bekerja keras untuk kita.

Justeru, jika berminat untuk saya bimbing strategi pelaburan seorang pelabur hensem saya dapat menawarkannya melalui sesi personal coaching. Sesi ini membabitkan pertemuan one-on-one dengan saya selama 12 jam.

Melalui sesi personal coaching ini paling kurang kalian memperoleh:

  •  5 strategi pelaburan saham yang ringkas. Menguntungkan dan sesuai digunakan di Bursa Malaysia
  •  Ilmu pelaburan yang praktikal. Jika dah ada trading account, dalam sesi coaching terus buat analisa kaunter-kaunter saham tertentu, jika sesuai untuk beli, terus beli. Ya, beli terus tak tunggu lagi.
  •  Jimat banyak masa kalian sebab saya dah sediakan satu ‘peta’ dalam dunia pelaburan saham. Saya dah baca lebih 100 tajuk buku berkaitan sejak 8 tahun lepas dan mempunyai pengalaman mengaplikasikannya. Jadi nak ‘short-cut’ dan ‘map’ yang saya sediakan, dipersilakan.

Harga untuk sesi personal coaching selama 12 jam adalah RM 3,990.

Sekiranya tuan / puan mendaftar sekarang sepanjang bulan Jun 2013, harga diskaun istimewa menanti. Yang penting dapatkan tarikh appointment untuk sepanjang 2013 dulu pada bulan ini juga. Jangan menyesal kalau tempoh diskaun ini tamat.

TETAPI bukan semua dapat menyertainya. Hanya individu yang mempunyai kriteria tertentu sahaja yang diterima untuk mengikuti sesi ini. Semuanya bergantung kepada jawapan kalian menerusi borang di bawah.

PENTING: Sesi coaching saham merupakan sesi pembelajaran secara individu dan bukan untuk mendapatkan hot tips

Duit bukan segalanya. Jika mampu bayar yuran coaching sekalipun ia belum menjamin dapat masuk ke program ini kerana masa & tenaga saya hanya untuk mereka yang layak sahaja. Justeru, saya tidak membazir, kalian juga tidak membazir.

PENTING: Sesi coaching saham ini tidak menjamin apa-apa keuntungan pelaburan.  

Seterusnya, jika saya menemui kriteria tersebut, saya akan menghubungi semula melalui emel / telefon untuk satu perbualan ringkas untuk menentukan sama ada tuan / puan diterima menyertai program coaching ini.

Pastikan tuan / puan mengisi borang ini dengan betul dan sila semak segala butiran sebelum menekan butang ‘Submit’.

Terima kasih.

Dari pelabur untuk pelabur,

Suzardi Maulan {Pakdi}

p.s. Kalau rasa personal coaching ini tak penting, buang (duit) masa, dan nak terus melabur saham tanpa ilmu yang betul di dada, sila teruskan hasrat tu, saya tak menghalang. Saya doakan kalian tak kena sembelih je lah nanti. Hi hi hi.

Baca Artikel Ini Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *