Top-Down Approach vs Bottom-Up Approach

SUZARDI MAULAN
OKTOBER 21, 2012

GAMBAR DIAMBIL DARI GOOGLE IMAGES

“Apa yang patut kita buat dengan news? Mana nak dapatkan sumber berita yang paling baik?”

Antara soalan yang dikemukakan oleh peserta dalam program Sembang Santai Saham Melayu Malaysia semalam di Ampang.

“Buy the rumor, sell the news.”

Barangkali ramai yang berpegang dengan kata-kata tersebut. Kata-kata tersebut datang dari satu aliran pemikiran popular yang menyatakan market is efficient. Everything is reflected in the priceGood news cause the share’s price going higher, bad news cause the share’s price going lower.

Top-Down Approach

Sekiranya kita menunggu berita, khabar angin dan spekulasi untuk bertindak maksudnya kita sedang melakukan top-down approach dalam pelaburan. Kita cuba teka apa akan terjadi dalam pasaran sekiranya perkara-perkara berikut berlaku:

1. BNM mengumumkan kadar OPR naik.
2. Kerajaan mengurangkan subsidi petrol.
3. Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya.

Dan seterusnya.

Kita ambil contoh no 3. Masalahnya adalah tiada siapa tahu masa hadapan. Pasaran boleh jadi ‘bergembira’ mendapat kerajaan baru. Pasaran boleh jadi ‘bersedih’.

Berita buruk bagi A barangkali berita baik bagi B.

We will never know the real truth.

Media memang gemar berita sebegini. Sensasi. Greece bankrap. Krisis Eurozone. Mitt Romney boleh kalahkan Barrack Obama dalam pilihanraya Presiden Amerika. Tiba-tiba rasa smart semacam. Kalau tengah pegang akhbar bisnes tertentu dalam LRT, orang sebelah jeling je. Pergh. Akhbar picisan tak main lah. Kita sekarang cuma baca majalah bisnes, dalam bahasa Inggeris lagi you.

Tapi tak faham pun sebenarnya.

Dunia ini terlalu kompleks untuk kita faham semua perkara yang berlaku. Apa yang kita rasa kita faham barangkali perception truth, dan bukannya real truth.

Bottom-Up Approach

Cara ini tidak seksi.

Bayangkan kita ada kedai burger, tapi jualan tidak bagus.

Apa kaitan isu lembu tinggal dalam kondominium dengan jualan burger kita?

Cara yang betul adalah tengok lokasi kedai burger kita terlebih dahulu. Adakah cukup orang lapar di lokasi tersebut? Sama ada kapal selam Scorpene boleh menyelam atau tidak boleh menyelam, tidak ada kaitan dengan jumlah orang lapar berhampiran dengan kedai burger kita.

Sales. Revenue. Profit margin. Cashflow. Dan seterusnya.

Jika lokasi adalah puncanya, pindah ke tempat yang ada 10,000 orang lapar sehari. Pasti laku.

Kesemua perkara ini kita dapat lihat dalam penyata kewangan sesebuah syarikat.

Baca Artikel Ini Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *