Patut Saya Beli Unit Trust?

Soalan:

Saya ni baru belajar sikit-sikit pasal dunia pelaburan ni. Sekarang ni saya banyak baca pasal unit trust. Saya berminat untuk melabur dalam unit trust. Apa pandangan Pakdi?

Jawapan:

1. Sekiranya saudara masih belum ada akaun ASB, saya sarankan saudara bermula dari ASB. Manakala jika sudah ada, penuhkan akaun ASB tersebut sebanyak mungkin sebelum berpindah ke dana yang lain.

2. Saudara perlu cari unit trust consultant yang baik. Secara peribadi saya berpandangan, cari consultant yang sudah terlibat dalam industri ini lebih dari 3 tahun. Setelah anda berjumpa dengan consultant sebegitu, anda katakan TIDAK terlebih dahulu. Lihat respon consultant tersebut. Sekiranya dia terlalu mendesak saudara dan saudara berasa tidak selesa, lupakan sahaja consultant tersebut dan cari consultant yang lain. Ingat, dia yang akan membantu saudara mencapai matlamat pelaburan saudara.

3. Saudara tetap perlu monitor dana saudara selain menunggu laporan yang seharusnya disediakan oleh consultant saudara sebagai khidmat servis mereka. Ada masa saudara perlu fokus membeli dana-dana ekuiti, ada masa saudara perlu fokus kepada dana-dana bon dan sekiranya saudara tidak mampu, cukuplah dengan membeli dana index atau dana yang lebih seimbang (ekuiti dan bon).

Baca Artikel Ini Juga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *