7 Langkah Untuk Buat Duit Dalam Pasaran Saham

SUZARDI MAULAN
JUN 7, 2013

GAMBAR DIAMBIL DARI GOOGLE IMAGES

Langkah #1 Ketahui Apa Itu Pasaran Saham

Barangsiapa yang membeli saham tapi tidak memahami asas pasaran saham sesungguhnya dia telah meleburkan duit tanpa disedari. Maka sila faham apa itu saham melalui artikel ini:

Langkah #2 Pastikan Ada Duit Lebih

Duit lebih.

Bukan duit yang kita nak guna untuk beli lampin, bayar hutang rumah & makan minum setiap bulan. Justeru pastikan kita ada duit lebih terlebih dahulu.

Duit pinjam?

Sangat tidak digalakkan. Noktah.

Sila baca dengan lebih lanjut melalui artikel ini:

Langkah # 3 Tahu Perbezaan Pelabur vs Spekulator

Kita mesti jadi seorang pelabur.

Iaitu aset yang bekerja keras mendapatkan duit untuk kita. Dan bukannya kita yang bekerja keras agi untuk mendapatkan duit. Bak kata Robert T Kiyosaki, kita adalah investor. Kita dalam Quadrant I. Jadi, seorang pelabur berbeza dengan seorang spekulator.

Memandangkan kita hanya gunakan duit lebih sahaja, maka kita dapat mensasarkan pulangan pelaburan untuk jangka masa lebih panjang. Bukan beli hari ini dan jual esok. Maka, kita akan menjadi lebih rasional seterusnya menjadi seorang pelabur hensem.

Ketahui dengan lebih lanjut melalui artikel ini:

Langkah # 4 Buka CDS & Share Trading Account

Nak main saham kena ada akaun khas.

Kita buka melalui syarikat-syarikat broker yang berdaftar. Apa yang kita perlukan untuk buka akaun adalah kad pengenalan, maklumat akaun bank dan RM 10.

Selepas buka akaun tersebut, kita perlu pindahkan duit dari akaun bank ke akaun tersebut. Baru dapat berjual beli saham. Sila minta tunjuk ajar dari remisier / dealer untuk penggunaan online trading platfrom yang disediakan.

Langkah # 5 Belajar Cara Pelaburan Yang Betul

Kita perlu melabur untuk ilmu pelaburan saham terlebih dahulu.

Jika kita kedekut untuk belajar maka kita telah memilih cara yang paling cepat untuk lebur duit. Ribuan orang yang main saham di Bursa Malaysia rugi besar sebab mereka tidak mahu mempelajari prinsip-prinsip pelaburan yang betul terlebih dahulu.

Ada strategi indeks. Ada strategi growth. Ada strategi value.

Langkah # 6 Practice Make Perfect

Bayangkan kita masa kecil-kecil belajar naik basikal.

Adakah kita hanya membaca, melihat, pergi ke kelas dan terus pandai naik basikal?

Sudah pasti kita bermula dengan roda 4, roda 3 seterusnya tanpa apa-apa bantuan. Dalam proses itu kita pasti pernah terjatuh dan terluka. Begitu juga dengan pelaburan saham.

Kita perlu faham dalam pelaburan ada untung rugi. Fokus utama kita adalah mencari strategi yang dapat mengelakkan rugi terlebih dahulu.

Langkah #7 Terus Belajar & Belajar

Education pays the best interest – Benjamin Franklin.

Kita hanya berhenti belajar jika kita mati. Ilmu pelaburan saham ini sentiasa evolve tapi prinsip tidak pernah berubah.

Sentiasa mencari network yang betul. Sentiasa bersedia dengan benda-benda unexpected. Jangan menyalahkan orang lain jika masih belum berjaya. Sikap kena betul. Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, paling kurang dapat juga bau wanginya.

Baca Artikel Ini Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *