PAKDI.MY

BUSINES DAN PELABURAN

PAKDI.MY

BUSINES DAN PELABURAN

3 Strategi Pelaburan Saham Yang Menguntungkan di Bursa Malaysia

SUZARDI MAULAN
DECEMBER 26, 2012

GAMBAR DIAMBIL DARI GOOGLE IMAGES

Ramai orang nak main saham.

Tapi tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk melabur.

Kalau dah silap strategi, sudah pasti tak dapat buat duit dalam pasaran saham. Habis modal begitu saham.

Ada 3 strategi asas yang dapat kita gunakan untuk melabur di bursa saham di negara kita. Tiada formula yang sukar untuk kita fahami. Kalau kita lepas matematik sekolah rendah, kita dah boleh jadi seorang pelabur hensem.

Strategi #1 Indeks

Other’s people time. OPT.

Biar orang lain yang analisa syarikat-syarikat saham yang berkualiti untuk kita. Kita cuma tunggu senarai tersebut dan beli pada masa yang sesuai.

Hampir semua syarikat yang berkaitan indeks ini beri dividen. Jadi kalau harga saham jatuh sekalipun, kita masih ada untung. Kalau jatuh banyak sekalipun, apa nak takut? Kita beli lagi banyak-banyak. Ho ho ho. Itulah pentingnya membeli syarikat-syarikat yang berkualiti.

Strategi ini semudah A-B-C.

Strategi #2 Growth

Buka penyata kewangan syarikat dan cari angka-angka tertentu.

Kalau dah baca ebook Panduan CashFlow dan buat banyak kali latihan yang diberikan dalam ebook tersebut, insyaAllah mudah nak melaksanakan strategi ini. Ebook itu bukan sekadar nak atasi kebocoran duit gaji setiap bulan, ia juga dapat membantu kita bersedia menjadi pelabur hensem.

Ada banyak syarikat yang berpotensi untuk berkembang di Bursa Malaysia yang bersesuaian dengan ‘peribadi’ kita. Kita perlu tahu cara yang bersistematik untuk mencarinya.  Syarikat-syarikat ini ada di sekeliling kita. Cuma tak ramai yang tahu bagaimana untuk melihatnya.

Strategi #3 Value

Ada syarikat yang telah melepasi fasa growth.

Dividen pun berbaloi-berbaloi.

Tapi kebiasannya syarikat dah ‘nampak biasa-biasa’ sahaja. Tapi masih ada sesuatu yang menarik. Kesemua kita dapat nampak sekiranya kita tahu membaca penyata kewangan syarikat.

Kita tidak mengejar harga, tapi kita mencari nilai sebenar di sebalik syarikat-syarikat sebegini. Beli ketika diskaun, jual ketika premium. Pasti untung.

Awas! Strategi Ini Bukan Untuk Semua Orang

3 strategi ini adalah bersifat medium-long term.
Untuk mereka yang sabar.
Untuk mereka yang ada duit lebih setiap bulan.
Tidak sesuai untuk mereka yang mahu quick money dalam pasaran saham.
Bukan untuk mereka yang suka melihat carta-carta saham.

Kalian mungkin tidak perlu lagi melihat carta & graf turun naik harga saham lagi selepas mengetahui 3 strategi ini.

Boleh bekerja di pejabat tanpa menjejaskan prestasi kerja, boleh outstation tanpa perlu risau tiada connection internet dan dapat pergi bercuti bersama keluarga meluangkan masa sepenuhnya untuk mereka tanpa membebankan beg dengan laptop dan kos internet.

Sesuai untuk beginner yang telah bersedia & mereka yang dah bosan melihat carta & graf saham.

Baca Artikel Ini Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *