Tentang
Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan konsultan prinsipal AFIQ Training & Advisory. Firma perunding latihan bebas dalam bidang pengurusan kewangan peribadi secara Islami. Beliau merupakan seorang Islamic Financial Planner (IFP), trainer CashFlow & pelaburan saham indeks. Telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Rancang Wang Dari Sekarang dan sebuah ebook, Panduan CashFlow.
Untuk mendapatkan resume penuh, sila emelkan hasrat anda kepada advisor[at]rancangwang.com
Pakdi.net
Pakdi.net adalah blog peribadi milik Suzardi Maulan yang juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Fokus penulisan dalam blog ini adalah mengenai dunia kewangan, bisnes & pelaburan dan disuntik dengan elemen Islami. Hampir kesemua artikel yang disediakan dalam blog ini ditulis dalam bahasa Melayu untuk membawa lebih kesedaran kepada penutur tempatan mengenai kepentingan menguruskan duit gaji sendiri seawal mungkin. Pakdi.net sedaya upaya untuk tidak bias terhadap mana-mana produk kewangan demi kebaikan anda, para pembaca.
Apa Yang Saya Dapat Bantu?
Saya telah terlibat sebagai perunding & trainer Kelab Usahawan Permata, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak tahun 2006. Khusus untuk membantu graduan menjadi usahawan dan mencipta peluang-peluang pekerjaan.
Selain itu saya dapat membantu tuan puan dalam bidang pengurusan kewangan, khususnya dalam aspek pengurusan aliran tunai dan penyelesaian hutang kad kredit & rumah dengan lebih cepat.
Untuk kalian yang telah stabil pula, saya dapat membantu melalui teknik-teknik pelaburan saham yang ringkas tanpa perlu pening kepala melihat carta saham 24 jam.
Hubungi
Untuk tujuan coaching / konsultansi / seminar & latihan berkaitan perkara di atas, sila emel ke advisor[at]rancangwang.com | Tel: +603-92079780 | Fax: +603-92079788
Manakala, untuk tujuan pengiklanan di blog ini sila berhubung melalui admin[at]pakdi.net
Sekiranya mahu cara tradisional, hantar surat ke:
Suzardi Maulan {Pakdi} AFIQ Training & Advisory (2068824-V) Level 32, Menara Prestige 1 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Media Sosial
Sekiranya anda merupakan pengguna tegar laman sosial, sila klik link berikut untuk mengunjungi laman Facebook & Twitter