Rancang Wang Dari Sekarang
sebelum akaun bank kering-kontang.
Setiap orang pasti melalui peringkat ‘baru mula hidup’. Siapakah sebenarnya orang yang dikatakan ‘baru mula hidup’ itu? Mereka ialah orang yang baru memasuki alam pekerjaan dan merancang mahu menggunakan gaji pertamanya.
Memulakan langkah pertama yang dengan cara yang betul adalah amat penting untuk masa depan kewangan kita. Selain itu, kita juga dapat mengenal pasti dan berwaspada semasa meneliti tawaran yang tidak realistik di sekeliling kita.
Rancang Wang Dari Sekarang membawa kita mengenali beberapa skop asas dalam pengurusan kewangan yang lebih Islami.
Lebih dari 3,000 orang telah membaca dan mendapat pelbagai manfaat kewangan dari buku Rancang Wang Dari Sekarang.
Berikut adalah antara reviu pembaca:
- Tuan Azril - Sebagai Seorang Suami, Aku Mesti Pandai Merancang Wang Keluarga
- Tuan Fuad - RWDS Berkongsi Dengan Kita Prinsip Rancang Wang Yang Utama
- Puan Rihan Hashim - Kemahiran Perancangan Kewangan Tidak Diajar di Sekolah Namun Ia Perlu Seumur Hidup Kita
Dapatkan Sekarang Juga!
Buku setebal 176 m/s ini dijual dengan harga RM 17.50 di Semenanjung Malaysia dan RM 19.50 di Sabah dan Sarawak. Sila dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran tuan puan sebelum kehabisan atau beli secara online dari:
1. Bookcafe.com.my
2. MPH Online
3. Kinokuniya
Saya dah beli buku Rancang Wang Dari Sekarang dan saya suke membacanya sebab tidak complicated dan bahasa yang digunakan senang untuk difahami… seyes tak ngantuk membaca yer… dan saya dapat ilmu berkaitan kewangan…
Keep it up Pakdi.
Cik Puan Asrah, mizzfrogycute.blogspot.com
Saya dah baca buku ni. Isi kandungannya diterangkan dengan ayat yang mudah difahami dan contoh-contoh yang sesuai dan tepat. Tips-tips pun memang relevan dengan zaman sekarang.
Contohnya: Bab 20 – Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Pelaburan Saham. Dulu, saya memang blur kalau tengok index saham kat surat khabar atau berita pasal index saham bandar2 utama di dunia..tapi lepas baca Bab 20 ni, baru saya faham secara asasnya apa rupanya saham ni.
Good job. 2 thumbs up!
alanpjs2, bijakwangbijakit.blogspot.com
Sebelum saya membeli buku ini, saya agak ragu-ragu sekiranya kandungan buku ini senada dengan buku-buku kewangan peribadi dalam koleksi saya. Pada Bab Pertama, perbincangan agak sarat dengan pelbagai istilah kewangan yang sukar difahami menjadikan saya agak kecewa dan terdetik difikiran “sama macam buku-buku lain”. Tetapi setelah masuk Bab seterusnya, saya mula tertarik dengan contoh-contoh yang praktikal berdasarkan kisah Nabi Yusof.
Buku ini merupakan buku kewangan peribadi terbaik yang pernah saya baca setakat ini.
Persoalan riba yang membelenggu pemikiran terjawab dengan contoh yang mudah difahami dan digarap dengan baik. Kebanyakan buku dalam kategori yang sama tidak menyentuh isu halal dan haram secara konprehensif. Buku-buku ini hanya memetik ayat-ayat al-Quran dan Hadis tanpa ulasan yang mudah difahami.
Saya mengesyorkan buku ini untuk sesiapa yang baru berkenalan dengan pengurusan kewangan peribadi terutamanya graduan-graduan muda.
Saya sangat berpuas hati santapan ilmu yang dihidangkan. Terima kasih Pak Di!
Tuan Kadri, Sapporo, Jepun
http://kadoridesuyo.blogspot.com/
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online melalui:
1. Bookcafe.com.my
2. MPH Online
3. Kinokuniya